Sunday, January 1, 2012

1 january??? my speacial date! yeeepiii

today is 1st january 2012 means genaplah setahun aku menjadi bini org..
mcm2 dugaan yg ditempuh spjg tempoh ni..
Alhamdulillah msih lg kuat & utuh hubungan nie..
wlpn ade anasir2 luar cube utk menghancurkan kite..
namun si suami msih lg bertahan..menanggung derita yg aku alami selama nie...
aku sayang giler suami aku..
dia byk bsbr dgn kerenah aku..
x dpt aku gmbarkn bertapa ikhlasnye dia..
thanks syg.. sy akn mnjadi bini yg terbaeekk utk awk..
moge Allah mengizinkn kite kekal bhagia dunia akhirat n dkurniakn zuriat yg baik nt..
Insyallah..



I LOVE U n ALWAYS LOVE U HUSBAND..
with love : ema

Sunday, December 11, 2011

6 SIFAT WANITA YANG PERLU DIELAKKAN UTK PERKAHWINAN

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki:
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.
1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Wednesday, November 9, 2011

mudahnye wanita mendapat pahala dan syurga.. :)

Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Firman Allah:


“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)

Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:

• Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.

• Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu

• Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain

• Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.

• Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.

• Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.

• Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.

Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.


<3 Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Tuesday, November 1, 2011

kerinduan..

kerinduan..
rinduku padaNya memberi seribu erti ketenangan saat jiwa ku kosong
Dia sentiasa ada untukku saat ku ingin disayangi
Dia sentiasa memberiku petunjuk ke jalanNya agar mudah dilalui
aku sentiasa merindukan kasih sayangNya..
bertapa besarnya kuasaNya
aku rindu dan aku sayang padaNya..
Ya Allah.

rindu sumpah aku rindu..
mereka sentiasa ada, saat air mata dititiskan..
mereka sentiasa ada saat kegelapan menyelubungi hidupku
mereka sentiasa ada memberi kekuatan utk ku saat ku jatuh
mereka sentiasa menggembirakan jiwaku saat hati ku hiba , lemah,dan rapuh
mereka adalah keluargaku..
ayah, mama, epah, ani, angah, yong..
itulah panggilan sy sntiasa melekap di bibir dan hati ku..
aku bersyukur kerana adanya mereka dan aku dipilihNya utk bersama mereka dari kecil hingga kini.
mereka yang terbaik dalam hidupku..

rindu sentiasa aku rindu...
suaranya, wajahnya, cintanya..
takkan ku biarkan wajah itu lenyap dari pandangan ku walau sesaat
aku sentiasa merindukannya..
akan ku abadikan seumur hayatku bersamanya
dan takkan ku sia2kan masa yang diberikanNya kpd ku ini untuk bersamanya
aku terlalu sayang,terlalu cinta..
suami.. Tuhan telah menganugerahkan mu utk ku..
apa pn yang akan terjadi aku tetap bsamamu..
aku akan berusaha utk bersedia sekiranya ditakdirkan badai melanda..
aku akan terus bersamamu..
kehadiranmu 1 kesyukuran besar utk ku..

rindu demi rinduan..rindu aku rindu..
saat bsama teman2..suka duka saling diselangi dan pasti berakhir dgn kerinduan..
riuh rendah saat kegemilangan bersama mereka
itu pasti dan terus menemani aku hingga kini..

kerinduan ini pasti akan terus menemani ku sehingga hujung nafas ku..

:::lovE.CAyMoNg.::: <3

Sunday, October 16, 2011

bosan bosan dan sgt bosan!!!

adeh..dulu tergedik2 nk transfer. bile da dpt transfer baru taw!! huhuhu..awal2 lg da kne buli dgn si montel. budak kontrak je tp ckp meletop2. bagi arahan x putus2. bkn nk ngumpat tp aku bengang sgt.. ntahlah. aku nie baru bertukar bukan baru kerja. nak ajar,ajarla baik2. jgn ajar mcm aku ni kuli. mencilahhhh macam nie!!! :(( kalo x fikirkan aku nak dkt ngn suami,da lame aku blah dri opis tu. kelengkapan da lerr kurang byk, mesin faks pn masih pakai wayar telepon. sedey! aku bersyukur akhirnye aku dpt transfer, tp aku x phm knape harus aku dibuli.?? kang aku melawan, kelam kabut lak idop aku tak de ilmu. nak x nak meluahkan n menunjuk prasaan jela. yang penting aku menciiiiiii kje kt sini. pergi mane2 je kenapa org montel suke buli aku! waaaaaaa....i need my mummy!!

Wednesday, September 28, 2011

queen of drama! -preggy mummy-



cube tgk gambar2 nie.. korang rase betoi ka?? hehehehe..cmni la agaknye rupe blogger kalo pregnant kan?? huhuhu..
mase blogger mule publish kt fb ramai yg terkejot. hahhaha..yg lawoknye kwn blogger sorg ni yg br jumpe blogger minggu lepas, terkojut sbb tibe2 dpt gambo blogger dah muncit minggu nie. maap la kpd smue org yg kne tipu. al kisahnye begini, awalnye blogger ngn ofismate neh nk bgambar sbb nk release tensen. maklumlah kerja myakitkan otak mmg begini. pastu tertiber terfikir idea neh..niat nk mengejutkan suami sbnrnye.tp org2 lain yg terkojuttt.. hehehehe.. maap skali lg yeah!! amacam? comel x preggy mummy neh?? hahahahhaa.. moge ALLAH makbulkan doa blogger nk baby neh. da bosan dah dengar soalan2 org yg asyik tanye bila nak ade baby??? adoiyai..BUKAN SAYE YANG BAGI REZEKI DAN BUKAN SAYE YG BERKUASA JADIKAN BABY NIE! huh..sedih taw.dahla JANGAN TANYA LAGI DAHHHH!

Friday, September 23, 2011

wuargghhhh... \\,(-_-),//

Rasenye mcm da lame x update belog neh... ok hari ni blogger nk crite sesuatu yg menggembirakan hati blogger.
alhamdulillah, syukran Ya Allah akhirnye blogger dpt transfer g taiping. dapatlah blogger menjadi bini sepenuh mase..
heee~ utk org2 yg doakan blogger dpt baby, mekaseh yea!! Amin..moge diperkenankan..
blogger pn dah x mampu nk kje kt sini lg. susahlah keje dgn org yg halai balai nehh.. semue bnde anggap remeh, ade masalah ditundingnye jari kt kiter. sakit hati sgt2. cume 2 je yg buat blogger berat hati sgt nk tinggalkan putrajaya nih, kawan2. mana bro nk cari kengkawan yg merapu kt opis zaman sekarang neh? kt sini jela rsenye yg ade.mgkin tempat lain sure kepala skima. adoiyai..moge2 blogger akan hepi kt sane,mcm life blogger kt sini. blogger masih ingt kenangan blogger mule2 masuk keje smpai lah sekarang. enjoy sgt, tp skrg dah xbest la. sorg2 transfer smue jd kelam.huh~

 lobang idong sapa paling menawan?
 kira cicak
waaaaaa... im gonna miss u all !!!!