Wednesday, August 10, 2011

seksa kubur.. Wallahualam..


Berdebar jantung blogger melihat video ini. mungkin ada antara korang yg da tgk video nie. blogger rasa sayu sgt, takot dgn azab Allah nt. kite manusia nie bkn sempurna, byk salah dan silap antara sedar ngn x sedar yg blogger pernah buat.. moge video nie dpt d jadikan teladan utk kite... Insyallah..

Tuesday, August 9, 2011

Roh di bulan Ramadhan..

Alhamdulillah dah genap kite berpOsa 9 hari.. sekejap je rasenye. tup tup tup udah raYe!! hehehe..x sabo neh 1 st time blogger nk braye sbg bini nehh.. huhuhuhu.. dalam kite bgembira neh,blogger nk tnye sikit kt korang2 neh. korang smue neh ade ke x mendoakan untuk arwah2 saudara terdekat @ orang tersayang @ sahabat handai yg telah kembali ke Rahmatullah? Berdoalah berbanyak untuk arwah.. Insyallah. tenang arwah di sana. bercerita tentang arwah ni, blogger ade terima 1 email. isi email tersebut macam ni; ehh jap. BACE YEA KAWAN2.. :)

"Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini)..menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. 
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu :  
  • doa anak2 yang soleh
  • ilmu yang bermanfaat
  • sedekah amal jariah

ronda2 sama lurve2!!

kali ni blogger nk crite sikit je.. sebelum rammadhan yg lepas blogger n suami berjalan2 dan merondakan diri bsama d ujung minggu . destinasi pertama kami adelah... Kampung Gajah. haa..yg mane kaki racing tu  mseti tau tempat pe tu.. jom2 kite usharr tengOkkk.. hihihih..

yey.. dah sampey..

 Bukti .. hihihih.. tiket masuk.
 
   banyak giloS kreta mat2 racing nehhh..
kereta neh dah menarik perhatian aku. agak klasik wei... dasat ar..

depa da start nk race daahhhh..

hehehhee..yang penting jejaka ini setia benOr dgn racing nie.. i love u syg..

Monday, June 20, 2011

GCB!!!!

hElo helo.. wei kengkawan.. korang da trY GCB kt Mc D x?? yg mane blom tu trY la weii.. bEsh giLoS! tambah2 lak bile mkn ngn orang tersyg.. adoi indahnye.. k xley crite lebih2.. GCB atau Grill Chiken Burger keluaran MC Donald Memang mengagumkannnnnn!!!!! cepat wei sementara perut masih lapaR!


bLuerrKkk.. kenYang!!


Dah terang2 ditulis keAsyikkan rAse.. MEMANG ASYIKLAHH..
(kalo tak asyik, dier x kan tulis macam tu)


Aku tangkap gambo nie atas meja Mc Donald


Wah wahhh dating @ Mc D Kampari!! wink wink ** sayang dear!

Jeng Jeng

Yes!!akhirnye berjaya jugak aku cube fesYen yg aku x ketahui namenye. tp aku slalu tgk orang pakai.
korang yg tgk mungkin taw.. Jeng jeng jenggggg..
 
(sila lihat di bawah)
l
l
V
Ini lah pekerjaan ku slepas pulang dari kerja. gagaga.. trY kelainan..  aku hentam sajalah pusing2.


Tadaaaaaa!!!!

 
adehh..terovEr lerr pulakkk..


wahhh weeee.. sronok da bjaYe berfesYen!!
(bg orang yg da biasa fesyen2 maap la yer kalo rse terOVER lak si caYmong nih) 

Thursday, May 5, 2011

Ya ALLAH..

Ya Allah sedihnye hati ku..
Ya Allah sampainye hati orang2 itu
menganiayai saudara islamnya sendiri..
Ya Allah, tunjukkankepeda mereka Api Neraka Mu..
Ya Allah, Aku Bersaksi Bahawa
Tiada TUHAN Yang Layak Disembah Melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad s.a.w
persuruhMu Ya Allah..
Tapi...
Orang2 itu? hanye ungkapan di bibir sahaja Syahadah itu,jiwa,
hati,nurani berlandaskan NafsU , syirik dan sYaitan!
Ya Allah,ku mohon pada Mu ampunilah orang yang telah menganiayaku..
Ya Allah, ku mohon keizinanMu untuk sembuh..
Ya Allah,sesungguhnya doa2 orang yg teraniaya itu lebih makbul..
Ya Allah, ku mohon KAU perkenankan doaku..
Ya Allah, hamba mu ini semakin lama semakin lemah..
Sudah tak daya lagi melawan dugaan ini..
Wahai orang2 yang telah terluka hati kerana AKU..
Ku pohon ampun dan maaf
sekiranya selama kehidupan aku bersama orang itu aku telah menyakitinya..
Sesungguh nya yang baik itu datang dari ALLAH &
yang buruk itu datang dari sendiri..
Ampunkan dosa aku & aku merayu agar semua ini di hentikan..
Aku ampunkan orang itu sekiranya orang itu menghentikan semua ini..
Ingatlah ALLAH lebih mengetahui...

Wednesday, April 13, 2011

kiamaT? Wallahualam.. (ALLAH MAHA MENGETAHUI)

10 tanda-tanda kiamat besar ini.
1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. (Sudah lama mereka bebas, sila rujuk artikel saya berkenaan kajian Ulama Imran N. Hosein)
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.

DARI SURAH AL KAHFI:
Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan. “Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90). “Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’. Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’. “Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98) Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ? WALLAHUALAM..